Lin Fluffy, perwatakannya juga turut fluffy!
- Nor Hashimah
- Dec 30, 2019
- 2 min read

Comel bukan nama gelaran yang saya berikan? Ya, sangat comel seperti tuan badannya juga. Saya berkenalan dengan Lin melalui kawan baik saya tapi kami tidak pernah lepak atau keluar bersama. Hanyalah kenalan yang tegur apabila terjumpa di tengah jalan. Dan saya tidak sangka, saya bertemu dengan dia sewaktu temuduga untuk ISMP TESL dan alhamdulillah, dengan jayanya, kami berdua mendapat tempat di UPSI sekali lagi. Namun begitu, kami jarang berjumpa pada semester 1 dan 2. Sehinggalah semester 3, kami dalam kumpulan yang sama bagi kebanyakkan kelas dan saya ni bukanlah seorang yang peramah dan rajin untuk berkenalan dengan rakan baru jadi saya ambil insiatif untuk lepak dengan yang saya kenal sahaja iaitu Lin. Sejak bermulanya sem 3, kami selalu ke mana sahaja bersama dan itu merapatkan hubungan persahabatan kami. Kami menjadi lebih rapat dalam kelas KPS kerana kami berdua hanya kenali sesama sendiri dalam kelas itu. Lin ini bukan sahaja comel tapi juga berperwatakan menarik dan juga SANGAT BERBAKAT dalam nyanyian. Mari kenali beliau dalam perbualan kami di Whatsapp berikut:

Haa melalui perbualan tersebut, anda boleh lihat bukan betapa menarik dan lucunya dia ni. Dia tak perlu try hard untuk buat lawak sebab dia memang naturally funny. Saya selalu terhibur apabila mendegar cerita daripada dia especially bila dia cerita kisah jahiliah dia masa sekolah hahaha alhamdulillah, dah besar ni jadi orang juga. Nak jadi teacher pula tu! InshaAllah aamiin. Doakan dia ya semuanya. Saya juga tanya harapan dia sebagai seorang bakal guru dan jawapan yang diberikan sangat bernas ya! Inilah jawapan seorang Norazlina yang berwawasan:

Nampak tak kegigihan dia dan harapan dia? Sejujurnya saya kata, Lin antara rakan saya yang nampak cerah masa hadapannya sebagai seorang guru. Pertama sekali adalah kerana keyakinnya yang tinggi. Saya amat mencemburui keyakinan dia terutama sekali apabila bercakap di hadapan kelas. Sebelum pembentangan, dia selalu cakap dia gugup tapi apabila dia dah mendapat peluang untuk membentang, dia gunakannya 100%. Saya rasa keyakinan yang tinggi merupakan ciri seorang guru yang paling penting kerana dengan itu, pelajar akan lebih yakin dan percaya dengan penjagaran kita. Selain itu, Lin juga seorang yang tidak suka menangguhkan kerja. Selepas sahaja dia mendapat arahan tugasan, dia akan cuba sehabis baik untuk menyiapkannya secepat mungkin. Jadi, dia selalu menepati masa apabila menghantar tugasan kursus dalam apa jua subjek sekali pun. Jadi, ciri ini juga sangat membantu untuk menjadi guru yang berintegriti kerana melengahkan kerja akan membawa masalah lain. Akhir sekali, seorang guru bukanlah hanya perlu cemerlang dalam akademik, kan? Guru juga perlu mempunyai minat atau bakat dalam bidang lain seperti Lin! Dia mempunyai suara yang sangat merdu dan telah membuat banyak persembahan untuk majlis. Lin merupakan seorang vokalis bagi band TESL, HungryAt3Am. Atas ciri-ciri yang disebutkan, itu yang membuat saya kagumi Lin dan berpendapat dia sangat sesuai untuk menjadi seorang guru. Saya percaya dia akan menjadi guru yang cemerlang di masa hadapan nanti. Bukan sahaja guru, juga sebagai teman wanita sebab dia single lagi hihihi. Kalau nak berkenalan, boleh PM dia ya. Msg untuk Lin, thank you for being a good friend to me for this whole semester <3


Comentários